Informasi Permainan Video Terkini
Control – Permainan Oleh Pembangun Quantum Break, Remedy Entertainment Diumumkan
PC

Control – Permainan Oleh Pembangun Quantum Break, Remedy Entertainment Diumumkan

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Sebelum ini Remedy Entertainment pernah berkongsi yang mana mereka akan mengumumkan permainan terbaru mereka ketika acara E3 dan kini, ketika persidangan Sony, Remedy Entertainment mengambil peluang untuk berkongsi permainan terbaru mereka yang bernama Control.

Trailer bentuk permainan yang dipaparkan mengingatkan kami dengan bentuk permainan Quantum Break bersama kemahiran berkuasa manusia. Menariknya watak di dalam permainan tersebut seolah berterbangan dan mengawal pelbagai objek seolah kemahiran telekinesis.

Tidak banyak informasi yang dikongsikan buat permainan tersebut malah Remedy Entertainment hanya memaparkan trailer permainan sahaja tanpa sebarang tarikh pelancaran.

Namun menurut laporan kami sebelum permainan tersebut bakal tiba bukan sahaja di Playstation 4, malah Xbox One dan PC pada 2019 ini. Kami akan berkongsi sebarang kemaskini apabila ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN