Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Seterusnya Remedy Entertainment Akan Diumumkan Ketika E3 Tahun Ini
PC

Permainan Seterusnya Remedy Entertainment Akan Diumumkan Ketika E3 Tahun Ini

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

Remedy Entertainment, iaitu pembangun permainan terkenal seperti Alan Wake dan Quantum Break kini dilaporkan bahawa mereka akan mengumumkan permainan seterusnya ketika acara E3 Jun kelak. Sebelum ini, permainan misteri yang dibangunkan oleh mereka dikenali sebagai Project 7 yang mana dikatakan sedang dibangunkan sejak 2016 lepas.

Berdasarkan laporan PC GamesN, permainan tersebut akan dilancarkan oleh 505 Games yang mana mereka akan mempamerkan Project 7 sebagai salah satu senarai permainan di E3. Ia juga dilaporkan untuk dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 2019 ini.

Namun, buat masa ini Remedy Entertainment masih belum berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut. Seperti biasa, kami akan berkongsinya apabila ia diumumkan kelak.