Bagi anda yang meminati siri permainan Trials Fusion yang baru sahaja kita terima sebagai permainan percuma Playstation Plus baru-baru ini, anda pasti akan berminat untuk bermain permainan seterusnya buat siri tersebut iaitu Trials Rising yang mana Ubisoft mengumumkannya secara rasmi ketika acara persidangan mereka sebentar tadi.

Melalui Trials Rising, Ubisoft menyatakan mereka melakukan pelbagai pernaik-tarafan dan litar baru. Mereka juga memfokuskan dari segi mod latihan yang dihasilkan lebih dari 20 komuniti pemain.

Menurut Ubisoft, Trials Rising bakal tiba pada Februari 2019 di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Selain itu, mereka juga menyatakan pendaftaran beta tertutup buat permainan tersebut telah pun dibuka dan bagi anda yang berminat, anda boleh melayari pautan dibawah.

Daftar: Beta Tertutup Trials Rising

Sohor Kini