Pada acara persidangan EA yang berlangsung semalam, EA mengumumkan pelbagai informasi baru berkenaan permainan Battlefield V. Kini, melalui persidangan Xbox, EA berkongsi satu trailer acah khas yang menunjukkan bentuk penceritaan solo yang bakal tiba buat permainan Battlefield V.
Berdasarkan trailer yang dipertonton, ia memaparkan bahasa Norway yang mana mereka bertempur ketika perang dunia kedua. Kempen penceritaan solo tersebut dinamakan Nordlys dan ia merupakan salah satu penceritaan solo yang terdapat di dalam permainan Battlefield V menurut EA.
Dari segi tema penceritaan, kali ini Battlefield V tampaknya memaparkan penceritaan yang lebih gelak dan beremosi memandangkan ia memfokuskan perspektif watak utama untuk menyelamatkan ahli keluarga ketika perang dunia kedua daripada memfokuskan perang dunia kedua itu sendiri.
Battlefield V merupakan permainan seterusnya buat siri tersebut yang memfokuskan perang dunia kedua. Ia akan dilancarkan pada 19 Oktober 2018 di Playstation 4, Xbox One dan PC