Skip to main content

Ketika acara persidangan EA hari ini, DICE, iaitu pembangun permainan Battlefield V berkongsi sebilangan informasi tambahan berkenaan permainan tersebut.

Antaranya adalah Battlefield V bakal menyertakan mod Battle Royale. Menurut DICE, mod tersebut diberi nafas baru khas buat permainan Battlefield V. Namun dari segi bentuk Battle Royale tersebut, DICE tidak berkongsi sebarang informasi tambahan ketika acara tersebut dan menurut mereka, informasi tambahan akan dikongsikan ketika cara persidangan Xbox esok.

Dengan pengumuman ini, tampaknya ura-ura berkenaan mod Battle Royale yang dilaporkan oleh kami sebelum ini adalah benar. EA juga mengetengahkan berkenaan ketiadaan sebarang pas musim dan kotak tikam seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini.

Selain itu, DICE juga berkongsi trailer bentuk multi-pemain di atas dan menurut mereka, mereka akan melakukan sedikit perubahan dari segi bentuk permainan seperti keupayaan untuk memecut dan menerbang ke arah tingkap. Mereka juga mempamerkan bentuk permainan kereta kebal kini boleh bergerak dan menghancurkan bangunan.

Dari segi bentuk penceritaan pula, Battlefield V akan disertakan penceritaan secara solo dimana ia akan bertempatkan di Perancis dan Norway sepanjang perang dunia kedua tersebut. Mereka juga memaparkan sebahagian daripada mod penceritaan solo yang dipanggil Nordlys yang tampaknya akan memfokuskan watak wanita bertempur dengan Jerman.

Buat masa sekarang, tak banyak lagi informasi yang dikongsi. Namun dengan pengumuman Battle Royale ini, mungkinkah Battlefield V akan menjadi satu permainan seperti penembak pandang pertama yang lain? Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi sebarang informasi setelah ia diumumkan kelak.

Battlefield V merupakan permainan seterusnya buat siri tersebut yang memfokuskan perang dunia kedua. Ia akan dilancarkan pada 19 Oktober 2018 di Playstation 4, Xbox One dan PC

Leave a Reply