Sebelum ini kami melaporkan bahawa Crackdown 3 ditundakan yang mana kini, Microsoft akhirnya mengumumkannya secara rasmi bersama trailer bentuk permainan baru ketika persidangan Xbox yang berlangsung hari ini.
https://www.youtube.com/watch?v=YC4oty9jnMU
Trailer tersebut memaparkan sebilangan bentuk permainan bersama watak Terry Crews sebagai watak utama. Ia juga menunjukkan sebilangan senjata dan aksi yang boleh dilakukan oleh pemain untuk menghasilkan pelbagak kemusnahan di dalam permainan tersebut.
Menurut Microsoft, permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan pada Februari 2019 ini di konsol Xbox One dan PC.