Informasi Permainan Video Terkini
Crackdown 3 Ditunda Ke Tahun 2019 – Memberikan Lebih Masa Untuk Pembangunan
PC

Crackdown 3 Ditunda Ke Tahun 2019 – Memberikan Lebih Masa Untuk Pembangunan

Diterbitkan pada June 7, 2018 oleh .

E3 kali ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk Microsoft ataupun Xbox. PlayStation berterusan mengeluarkan permainan eksklusif yang baik, tahun ini mereka sudah mengeluarkan permainan seperti God of War yang mendapat pujian yang tinggi, Detroit: Become Human yang mendapat sambutan yang sederhana dan tidak lama lagi Spider-Man.

Manakala Xbox setakat ini menerima permainan seperti Sea of Thieves dan State of Decay 2 selain mendapat reaksi yang sederhana, kedua-dua permainan ini turut dikeluarkan untuk PC. Microsoft perlu mengeluarkan sesuatu yang baik untuk bersaing dengan Sony.

Crackdown 3 merupakan antara permainan yang ditunggu-tunggu oleh pemilik Xbox One, pertama kali diumumkan pada tahun 2015 untuk pengeluaran pada November 2017 sebelum ditunda ke suku kedua 2018. Menurut laporan Kotaku dan disahkan oleh Polygon, Microsoft telah menunda Crackdown sekali lagi ke 2019 untuk memberikan lebih masa kepada pembangunan.

Walaupun memberikan lebih masa adalah baik untuk memastikan permainan yang dikeluarkan tidak mempunyai masalah, Microsoft makin terdesak untuk mengeluarkan permainan yang boleh menarik pemain ke konsol mereka, perkembangan ini sudah semestinya tidak membantu.

Semasa E3 nanti kami masih menjangkakan yang Microsoft akan memperlihatkan trailer untuk permainan ini berserta dengan tarikh baru pengeluaran. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN