Tampaknya Square Enix tidak menunggu semasa E3 mereka untuk mengumumkan tarikh pengeluaran bagi permainan yang dinantikan ramai iaitu Kingdom Hearts 3.

Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi Kingdom Hearts, permainan tersebut akan dikeluarkan secara global pada 29 Januari 2019 manakala Jepun akan menerima lebih awal iaitu 25 Januari 2019.

Kingdom Hearts 3 adalah permainan aksi pengembaraan seterusnya oleh Square-Enix yang mana ia merupakan permainan hasil kolaborasi antara Disney dan Square-Enix. Trailer dan pelbagai lagi maklumat lanjut akan dikongsikan semasa E3 nanti.

Walaupun kecewa tidak dikeluarkan pada tahun ini akan tetapi mungkin lebih baik kerana 2018 sudah mempunyai koleksi permainan yang mencukupi untuk mengisi sepanjang tahun.

Sohor Kini