Informasi Permainan Video Terkini
Metro Exodus Bakal Tiba 22 Februari 2019 Buat Konsol Playstation 4, Xbox One Dan PC

Metro Exodus Bakal Tiba 22 Februari 2019 Buat Konsol Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada June 11, 2018 oleh .

Melalui acara persidangan Xbox hari ini, Deep Silver akhirnya berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan Metro Exodus iaitu ia bakal tiba pada 22 Februari 2019.

Asalnya permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan tahun ini, namun bulan lepas, Deep Silver mengumumkan yang mana mereka akan menundakan permainan tersebut pada tahun hadapan.

Dengan pengumuman ini, tampaknya tarikh 22 Februari 2019 adalah tarikh yang mungkin akan sibuk buat para pemain dengan pemain Anthem juga bakal tiba pada tarikh yang sama.

Metro Exodus akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN