Informasi Permainan Video Terkini
Metro Exodus Ditunda Sehingga Suku Pertama 2019
PC

Metro Exodus Ditunda Sehingga Suku Pertama 2019

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Deep Silver minggu ini bukan sahaja mengumumkan penundaan Shenmue III ke tahun 2019, mereka juga mengumumkan yang permainan Metro Exodus iaitu sambungan kepada Metro: Last Light juga ditunda ke suku pertama 2019.

Metro Exodus pertama kali diumumkan di E3 semasa sidang media Microsoft. Kemudian Deep Silver berkongsi trailer di atas semasa The Game Awards. Permainan ini merupakan penembak pandang pertama di dunia pasca-apocalyptic.

Permainan ini dijangka akan dikeluarkan pada akhir tahun ini dan Deep Silver memberikan alasan ingin mengeluarkan permainan ini dengan kualiti yang lebih baik. Ada juga yang berpendapat mereka menunda agar dapat menjauhkan tarikh pengeluaran dari permainan Rockstar iaitu Red Dead Redemption 2 yang akan dikeluarkan pada Oktober nanti.

Metro Exodus akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.