Beat Saber Diumumkan Untuk Playstation VR

Lanjutan perkongsian senarai permainan oleh Sony yang diumumkan baru-baru berkenaan jangka masa pengiraan ke E3, bagi hari kelima dan terakhir, Sony mengumumkan permainan realiti-maya terbaru yang bakal tiba di Playstation VR iaitu Beat Saber.

Beat Saber merupakan permainan rentak muzik beraksi dimana melalui Playstation VR, pemain akan menggunakan alat kawalan Playstation Move untuk memotong kotak-kotak yang tiba terhadap pemain secara berperingkat. Kotak tersebut juga mempunyai label arah yang pemain harus pastikan sudut potongan pemain mengikut label tersebut.

Menariknya, setiap potongan yang berjaya oleh pemain akan menghasilkan satu rentak muzik secara berterusan mengikut keupayaan pemain. Selain daripada kotak, pemain juga perlu mengelak sebilangan halangan yang mana juga akan tiba terhadap pemain.

Beat Saber asalnya dilancarkan di Steam untuk pengguna Oculus Rift sebagai akses awal bulan lepas. Sejak pelancarannya, ia mendapat pelbagai sambutan dengan bentuk permainannya yang unik dan kebanyakkan pemain sering melakukan penstriman dan ramai penonton teruja dengan bentuk pedang seakan Lightsaber daripada Star Wars.

Kini dengan pengumuman permainan tersebut di konsol Playstation VR, ia pasti akan menjadi lebih mudah untuk pemain diluar sana untuk mencuba permainan tersebut. Namun dari segi tarikh pelancaran, Sony masih belum mengumumkannya.

Sohor Kini