Informasi Permainan Video Terkini
Madden NFL 19 Bakal Tiba 10 Ogos Ini – Buat Pertama Kalinya Tiba Di PC
PC

Madden NFL 19 Bakal Tiba 10 Ogos Ini – Buat Pertama Kalinya Tiba Di PC

Diterbitkan pada June 10, 2018 oleh .

Ketika persidangan EA hari ini, EA akhirnya mengumumkan bahawa permainan Madden NFL 19 akan dilancarkan pada 10 Ogos ini di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Menariknya juga, buat pertama kalinya buat siri permainan bola sepak Amerika tersebut, Madden NFL 19 akan dilancarkan di PC melalui EA Origins.

Menurut EA, dengan enjin permainan Frostbite, Madden NFL 19 bakal mempunyai visual grafik yang lebih realistik dimana ia bukan sahaja memberi responsif yang lebih buat pemain malah pergerakkan di dalam permainan ini akan lebih nyata.

Menariknya, dengan pengumuman EA Origin Premier Access ketika persidangan EA tersebut, EA mengumumkan bahawa Madden NFL 19 boleh dimainkan dengan lebih awal iaitu pada 2 Ogos buat mereka yang melanggan servis EA Origin Premier Access.

Bagi pemain yang lain, Madden NFL 19 akan dilancarkan pada 10 Ogos di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN