Selain daripada pengumuman FIFA19, EA tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan permainan NBA Live 19 ketika acara persidangan EA yang berlangsung hari ini.
Menurut EA, NBA Live 19 bakal kembali tahun ini dengan mod The One seperti NBA Live 18 sebelum bersama-sama mod The League dan The Street. EA juga menyatakan bahawa permainan ini akan menyertakan pelbagai pengubah-suai buat pemain dari segi pakaian dan juga kasut.
Menurut EA, NBA Live 19 akan dilancarkan pada 7 September ini di Playstation 4 dan Xbox One.