Melalui persidangan EA yang berlangsung hari ini, DICE, pembangun permainan Star Wars: Battlefront 2 mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan kandungan era Clone Wars buat permainan tersebut pada masa akan datang.

Melaluinya, mereka akan membawa watak seperti General Grievous, Obi-Wan Kenobi, Count Dooku dan Anakin Skywalker sebagai watak-watak yang boleh dimainkan bersama planet Geonosis daripada filem Star Wars: Episode II: Attack Of The Clones.

Walaupun permainan Star Wars: Battlefront 2 sering mendapat pelbagai kritikan dan kontroversi berkenaan sistem kotak tikam, menurut pembangun permainan tersebut bahawa pasukan mereka akan memastikan Star Wars: Battlefront 2 akan terus dipernambah-baik pada masa akan datang.

Bagi anda yang terlepas, EA juga berkongsi informasi berkenaan permainan Star Wars terbaru yang dibangun oleh Respawn Entertainment.

Star Wars: Battlefront 2 telah pun dilancarkan tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini