Informasi Permainan Video Terkini
Star Wars: Jedi Fallen Order – Permainan Star Wars Seterusnya Oleh Respawn Entertainment Bakal Tiba Tahun Hadapan

Star Wars: Jedi Fallen Order – Permainan Star Wars Seterusnya Oleh Respawn Entertainment Bakal Tiba Tahun Hadapan

Diterbitkan pada June 10, 2018 oleh .

Antara permainan yang dikongsikan ketika acara persidangan EA hari ini adalah Star Wars: Jedi Fallen Order yang mana ia dibangunkan oleh Respawn Entertainment, iaitu pembangun buat siri permainan Titanfall.

Ia asalnya diumumkan pada 2016 lepas dimana menurut Vince Zampella, pengasas Respawn Entertainment bahawa permainan tersebut akan tiba pada musim cuti 2019 iaitu sekitar penghujung tahun 2019.

Vince Zampella juga memperacahkan bahawa permainan tersebut akan bertempatkan antara Star Wars Episode III: Revenge Of The Sith dan Star Wars: Episode IV: A New Hope. Ini sekaligus menerangkan maksud nama Star Wars: Jedi Fallen Order iaitu ia di garis masa dimana Jedi diburu oleh Galatic Empire.

Selain daripada perkongsian tersebut, beliau tidak menyatakan sebarang informasi tambahan mahupun trailer ataupun bagi logo tersebut. Seperti biasa kami di Aksiz akan berkongsinya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN