Sebelum ini, kami berkongsi yang mana Sony akan mengadakan acara Days of Play bermula hari ini sehingga 18 Jun dan kini acara tersebut sudah pun bermula dengan pelbagai promosi jualan permainan di Playstation Store dan juga pengedar-pengedar rasmi Playstation.
https://www.youtube.com/watch?v=WwCkBKgT0Y8
Sony juga melancarkan Playstation 4 edisi terhad yang mempunyai rekaan khas bersempenca dengan acara Days Of Play tersebut. Playstation 4 tersebut sudahpun dijual dengan harga RM1299 di pengedar rasmi Playstation 4.
Selain itu, Sony juga mengadakan jualan promosi khas sehingga 80 peratus diskaun di kedai atas-talian Playstation dengan pelbagai permainan melebihi 200 judul. Berikut adalah sebahagian senarai permainan dengan harga jualan promosi:
- God Of War –
RM209RM163.20 - Monster Hunter World –
RM234RM166.14 - Horizon Zero Dawn: Complete Edition –
RM189RM113.40 - Persona 5 –
RM219RM153.30 - Call Of Duty: WWII –
RM229RM160.30 - Assassin’s Creed Origins –
RM210RM168 - Shadow Of The Colossus –
RM149RM96.85 - Gran Turismo Sport –
RM219RM54.75 - FIFA 18 –
RM219RM63.51 - Grand Theft Auto V –
RM199RM99.50
Buat anda yang melanggani Playstation Plus, Sony juga akan menyertakan diskaun tambahan buat sebilangan permainan. Terdapat pelbagai lagi permain yang ditawarkan dan bagi anda yang berminat, anda boleh melayari pautan dibawah untuk membeli permainan-permainan tersebut.
[info] Jualan Promosi Days Of Play : PSN Store [/info]Tambahan juga, bagi anda yang berminat dengan permainan fizikal ataupun permainan-permainan lain, antara pengedar rasmi Playstation di Malaysia iaitu Gamers Hideout dan Maxlink4Gamer juga mengadakan jualan promosi sempena acara Days of Play.
Antara yang permainan yang ditawarkan adalah versi fizikal buat God Of War dengan harga serendah RM159 dan juga alat kawalan Dualshock 4 serendah RM88 dengan setiap pembelian Playstation 4 Pro.
Anda boleh melayari laman rasmi Facebook pengedar tersebut untuk sebarang informasi lanjut ataupun melawat kedai-kedai mereka yang berhampiran.