Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan Playstation 4 Slim Edisi Terhad Sempena Acara Days of Play

Sony Mengumumkan Playstation 4 Slim Edisi Terhad Sempena Acara Days of Play

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

Sempena minggu acara Days Of Play yang bakal berlangsung pada 8 sehingga 18 Jun ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Playstation 4 edisi terhad dan juga sebilangan promosi jualan-jualan permainan.

Playstation 4 edisi terhad yang diumumkan merupakan Playstation 4 slim dengan rekaan berwarna biru gelap bersama lakaran logo butang kawalan Playstation berwarna emas di atas konsol tersebut. Sony juga akan menyertakan alat kawalan Dualshock 4 dengan rekaan biru dan emas bersama rekaan logo butang kawalan Playstation di pad sesentuh Dualshock 4 tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan konsol edisi terhad tersebut, ia akan dijual bermula 8 Jun ini dengan harga RM1,299. Konsol tersebut akan dijual dengan storan 500GB dan disertakan satu Dualshock 4 sahaja. Anda boleh dapatkan konsol tersebut dimana-mana pengedar rasmi Playstation.

Selain itu, Sony juga akan melancarkan kad langganan Playstation Plus khas rekaan Days Of Play dimana ia akan menyertakan 14 bulan langganan Playstation Plus dengan harga RM129.

Sony juga menyatakan bahawa sepanjang minggu tersebut, mereka akan menawarkan pelbagai lagi promosi jualan termasuk permainan, pernambahan DLC dan sebagainya. Seperti biasa, pengumuman tersebut kami akan kongsi setelah Sony mengumumkannya kelak.


TIPS & ULASAN