Sebelum ini, Focus Home Interactive mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan permainan Fear The Wolves, iaitu ia merupakan permainan berbentuk Battle Royale yang bertempatkan di kawasan radiasi Chernobyl.

Kini mereka akhirnya berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut yang mana ia memaparkan adegan permainan bersama seakan bentuk permainan.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Fear The Wolves akan meletakkan pemain dalam bentuk berkumpulan ataupun berseorangan di dalam kawasan radiasi Chernobyl. Seperti PUBG, pemain akan bertempur dengan 99 pemain yang lain dan pemain perlu teruskan hidup dan menjadi pemain terakhir yang hidup ketika penghujung permainan tersebut.

Selain itu, permainan ini juga akan menyertakan sebilangan bentuk permainan yang berlainan dimana pemain perlu menitik beratkan keadaan radiasi Chernobyl tersebut dan juga keadaan cuaca yang berubah-ubah.  Selain dari kitaran siang dan malam, pemain juga perlu memastikan mereka terus hidup dengan memakai pakaian yang dapat kaliskan mereka dengan radiasi disamping meneroka kawasan-kawasan radiasi tersebut. Tambahan juga, pemain juga mungkin perlu bertempur dengan makhluk-makhluk yang sudah bermutasi.

Menurut Focus Home Interactive, permainan tersebut akan dilancarkan secara akses awal di Steam bermula musim panas tahun ini iaitu antara bulan Jun sehingga September. Manakala versi konsol pula akan dilancarkan pada 2019 ini.

Sohor Kini