Informasi Permainan Video Terkini
Fear The Wolves – Permainan Bergenre Battle Royale Oleh Focus Home Interactive
PC

Fear The Wolves – Permainan Bergenre Battle Royale Oleh Focus Home Interactive

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Selain pengumuman permainan The Surge 2, Focus Home Interactive juga mengumumkan permainan bergenre Battle Royale seakan PUBG, iaitu Fear The Wolves di PC. Menurut Focus Home Interactive, permainan ini akan dilancarkan secara akses awal pada tahun ini.

Fear The Wolves akan meletakkan pemain dalam bentuk berkumpulan ataupun berseorangan di dalam kawasan radiasi Chernobyl. Seperti PUBG, pemain akan bertempur dengan 99 pemain yang lain dan pemain perlu teruskan hidup dan menjadi pemain terakhir yang hidup ketika penghujung permainan tersebut.

Selain itu, permainan ini juga akan menyertakan sebilangan bentuk permainan yang berlainan dimana pemain perlu menitik beratkan keadaan radiasi Chernobyl tersebut dan juga keadaan cuaca yang berubah-ubah.  Selain dari kitaran siang dan malam, pemain juga perlu memastikan mereka terus hidup dengan memakai pakaian yang dapat kaliskan mereka dengan radiasi disamping meneroka kawasan-kawasan radiasi tersebut. Tambahan juga, pemain juga mungkin perlu bertempur dengan makhluk-makhluk yang sudah bermutasi.

Buat masa ini, Focus Home Interactive masih belum lagi mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Menariknya juga, permainan ini dibangunkan oleh Vostok Games dan juga sebilangan pembangun yang bertanggungjawab untuk pembangunan siri permainan S.T.A.L.K.E.R.

Walaubagaimana pun, ini menunjukkan bahawa permainan bergenre Battle Royale sudah semakin mendapat sambutan dan kegilaan ramai buat pemain dan juga pembangun permainan.


TIPS & ULASAN