Bulan lepas, Overkill Software berkongsi trailer watak Maya buat permainan zombi terbaru oleh mereka iaitu Overkill’s The Walking Dead. Kini Overkill Software memperkenalkan satu lagi watak baru bernama Grant iaitu beliau merupakan salah satu daripada empat watak yang boleh dimainkan oleh pemain.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan tersebut, Grant tampaknya merupakan seorang lelaki yang berusia dan dilengkapi dengan senjata api Sniper Rifle. Selain daripada beliau juga mempunyai rasa humor yang agak pelik memandangkan beliau berkesempatan untuk melepak bersama seekor zombi di dalam kereta sambil meminum arak.

Overkill’s The Walking Dead akan meletakkan pemain di dalam dunia zombi yang berdasarkan grafik novel Robert Kirkman. Permainan ini memfokuskan empat multi-pemain penembak pandang pertama yang bertempatkan di Washington DC. Dengan berlakunya kejadian zombi tersebut, pemain perlu bekerjasama untuk mendapatkan kelengkapan dan barangan untuk terus hidup di dalam dunia tersebut.

Menurut Overkill Software, setiap watak akan mempunyai kepakaran yang berbeza termasuklah bentuk permainan yang akan membantu pemain untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Pemain juga perlu terus hidup dan bekerjasama untuk selamat di dalam dunia yang ditakhluk oleh zombi. Pemain juga diberi pelbagai pilihan senjata seperti serangan dekat yang lebih senyap ataupun menggunakan senapang.

Buat masa ini, Overkill Software masih belum berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut, namun mereka menyatakan ia bakal tiba pada musim luruh ini iaitu antara bulan September sehingga Disember ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini