Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang Taiko no Tatsujin akan dikeluarkan untuk Switch tetapi untuk pasaran Jepun sahaja. Bandai Namco hari ini mengumumkan permainan rentak tersebut akan dikeluarkan untuk Switch dan bagi pasaran asia tenggara akan tiba pada 9 Ogos 2018.

Bagi versi Switch akan mempunyai fungsi “Shake and Play” yang membolehkan pemain menggerakkan Joy-Con untuk bermain, akan tetapi fungsi ini tidak boleh digunakan jika bermain secara mudah alih.

Versi ini juga akan menerima beberapa musik baru seperti Jump Up, Super Star! Short Version dari Super Mario Odyssey, Kirby Medley dari  Kirby’s Return to Dream Land, Yo-kai Exercise NO.1 dari siri anime Yo-Kai Watch dan We Are! dari siri anime One Piece.

Permainan ini menyokong multi-pemain di luar talian seramai 4 orang pemain, setiap pemain perlu menggunakan Switch mereka sendiri dan memiliki permainan ini. Permainan ini hadir dengan suara jepun dan penulisan menggunakan bahasa Jepun, Cina ataupun Korea, akan tetapi kemaskini akan diberikan untuk menambah bahasa Inggeris.

Leave a Reply