Informasi Permainan Video Terkini
Taiko Drum Master Diumumkan Buat Konsol Switch – Menyertakan Lagu Daripada Super Mario Odyssey Dan Splatoon 2

Taiko Drum Master Diumumkan Buat Konsol Switch – Menyertakan Lagu Daripada Super Mario Odyssey Dan Splatoon 2

Diterbitkan pada Mac 10, 2018 oleh .

Bagi anda yang meminati siri Taiko Drum Master, Bandai Namco minggu ini mengumumkan permainan Taiko Drum Master: Nintendo Switch Version melalui Nintendo Direct yang ditayangkan di Jepun. Permainan ini dirancang untuk dilancarkan pada musim panas ini buat pasaran Jepun. Bagi pasaran global, Bandai Namco masih belum lagi berkongsi informasi lanjut.

Taiko Drum Master merupakan permainan rentak muzik yang meletakkan pemain untuk bermain drum taiko Jepun. Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk bermain drum taiko tersebut dengan hanya mengguna alat kawalan JoyCon sebagai batang drum dan pemain tidak perlu membeli aksesori tambahan seperti di konsol-konsol lain.

Melalui trailer video yang dipertonton, pemain juga berpeluang untuk bermain secara koperasi bersama rakan dengan set alat kawalan JoyCon tambahan. Tambahan juga, versi Nintendo Switch juga akan menyertakan sebilangan muzik-muzik daripada siri permainan Nintendo yang lain seperti Super Mario Odyssey dan Splatoon 2.

Bagi anda yang meminati siri permainan Taiko Drum Master, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini khas di Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN