Moss merupakan permainan realiti-maya platformer yang dibangunkan oleh Polyarc sebelum ini hanya dikeluarkan untuk Playstation 4 dan mendapat reaksi positif dan antara permainan realiti-maya yang terbaik terdapat di dalam pasaran sekarang.
Selepas bertapak di Playstation 4 semenjak Februari lepas, kini permainan ini turut tiba di Steam dan menyokong set kepala VR HTC Vive dan Oculus Rift.
Di dalam permainan ini. pemain akan menggunakan watak seekor tikus bernama Quill dimana pada masa yang sama, pemain perlu membantu Quill untuk menyelesai tekaria dan juga menewaskan musuh. Disamping itu, pemain juga akan memajukan penceritaan permainan tersebut melalui pembacaan buku seolah seperti cerita dongeng.
Dengan harga RM51 sahaja permainan ini sudah semestinya wajib dibeli bagi pemilik set kepala VR untuk PC.
[info]Moss – Steam[/info] [info]Moss – Playstation Store[/info]