Informasi Permainan Video Terkini
Blizzard Sedang Membangunkan Permainan Terbaru Dari Siri Diablo

Blizzard Sedang Membangunkan Permainan Terbaru Dari Siri Diablo

Diterbitkan pada June 6, 2018 oleh .

Diablo III dikeluarkan pada tahun 2012 lagi akan tetapi DLC penamban terbaru permainan tersebut baru sahaja dikeluarkan pada tahun lepas iaitu Rise of the Necromancer.

Pada Blizzcon tahun lepas, Blizzard tidak membuat sebarang pengumuman untuk permainan Diablo tetapi mengatakan mungkin di masa hadapan.

Melalui penyenaraian jawatan kosong di Blizzard, mereka mencari Dungeon Artist dan Environment Artist untuk permainan baru Diablo yang masih tidak diumumkan. Untuk peminat siri permainan Diablo ini sudah semestinya berita yang baik.

Disebabkan tiada pengumuman rasmi, masih tidak pasti mereka sedang membangunkan Diablo 4 atau DLC penambahan untuk Diablo 3 ataupun Diablo 2 yang ditambah-baikkan seperti ura-ura sebelum ini. Kemungkinan juga Diablo 3 untuk Switch akan tetapi kami tidak merasakan memerlukan dua jawatan yang dicari untuk projek tersebut.

Blizzcon 2018 akan berlangsung pada November ini dan kemungkinan besar projek ini akan diumumkan semasa acara tersebut.


TIPS & ULASAN