Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Fortnite Dan Dragon Ball FigtherZ Untuk Switch Akan Diumumkan Di E3

(Ura-Ura) Fortnite Dan Dragon Ball FigtherZ Untuk Switch Akan Diumumkan Di E3

Diterbitkan pada June 1, 2018 oleh .

Berbanding ura-ura yang kami tulis sebelum ini, kali ini yang paling sukar untuk dipercayai oleh disebabkan sumber yang agak susah untuk disahkan.

Akan tetapi berdasarkan gambar yang dikongsi di 4chan, memperlihatkan beberapa permainan untuk Switch yang akan diumumkan di E3 kelak.

Permainan yang diseneraikan adalah Dragon Ball FighterZ, Fortnite, Monster Hunter Generations Ultimate FIFA 19, Killer Queen Black, Starlink battle For Atlas, Paladins, Overcooked 2 dan Mario Tennis Aces.

Permainan Monster Hunter, FIFA 19 , Mario Tennis Aces dan Starlink adalah permainan yang sudah diumumkan untuk Switch sebelum ini. Manakala Killer Queen Black dan Overcooked 2 tidak pernah diumumkan untuk mana-mana platform.

Dragon Ball FighterZ dan Fortnite yang sentiasa dikatakan akan hadir ke Switch tetapi tiada pengesahan dari mana-mana pihak. Menurut Kotaku berdasarkan sumber yang mereka ada, senarai ini boleh dikatakan betul.

Mungkin ramai yang memfokuskan kepada Fortnite, akan tetapi bagi kami Overcooked 2 adalah permainan yang buat kami teruja.


TIPS & ULASAN