Filem Jurassic World: Fallen Kingdom akan bermula tayangan esok dan bersempena dengan filem tersebut Psyonix mengumumkan DLC Pek Kereta Jurassic World untuk Rocket League.

Pek kereta ini akan mengandungi dua rekaan kereta berdasarakn filem terbaru Jurassic World dan juga filem lama Jurassic Park. Selain itu ia juga disertakana dengan roda dan audio yang khas. Disertakan juga Topper, tiga bendera dan tiga antenna.

Ini bukanlah pertama kali Psyonix bekerjasama dengan Universal, sebelum ini mereka mengeluarkan pek sama tetapi berdasarkan filem The Fast and Furious. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, ia akan mula dijual bermula 18 Jun 2018 dengan harga $1.99 (RM8.00).

Sohor Kini