Informasi Permainan Video Terkini
Rockstar Games Mengumumkan Edisi Terhad Buat Red Dead Redemption 2

Rockstar Games Mengumumkan Edisi Terhad Buat Red Dead Redemption 2

Diterbitkan pada June 5, 2018 oleh .

Lanjutan daripada tertirisnya senarai kandungan pra-tempahan permainan Red Dead Redemption 2 semalam, Rockstar Games hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi berkenaan perkara tersebut bersama edisi-edisi terhad permainan.

Antaranya yang diumumkan adalah seperti yang kami laporkan semalam, iaitu setiap pra-tempahan permainan tersebut akan menyertakan kuda ‘War Horse‘, iaitu kuda yang mempunyai stamina dan keberanian yang lebih tinggi. Selain itu Rockstar juga akan menyertakan kit pertahanan hidup Outlaw yang mana ia mempunyai barangan untuk meningkatkan nilai nyawa pemain dan kemahiran Dead-Eye.

Selain daripada itu, buat pra-tempahan melalui digital di PSN Store ataupun Xbox Store, Rockstar Games juga akan menyertakan wang bonus untuk penceritaan solo Red Dead Redemption 2 yang mana ia memberi kemudahan kepada pemain untuk membeli barangan ataupun senjata pada permulaan permainan tersebut. Selain itu, Rockstar juga akan menyertakan peta harta karun yang juga memberi kemudahan kepad apemain untuk mencari harta karun di dalam dunia Red Dead Redemption 2. Namun, bagi peta ini pemain perlu membuat pra-tempahan sebelum 31 Julai ini.

Menariknya, seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, tampaknya mana-mana pra-tempahan yang dilakukan secara digital akan memberi pemain nilai wang GTA$ buat permainan GTA Online. Nilai tersebut adalah mengikut edisi permainan bermual dengan nilai GTA$ 500,000 bagi edisi biasa, GTA$1,000 bagi edisi Special dan GTA$ 2,000,000 bagi edisi Ultimate.

Dari segi edisi permainan pula, edisi pertama yang diumumkan adalah Red Dead Redemption 2 Special Edition, yang akan menyertakan 6 kandungan tambahan secara esklusif. 6 kandungan tersebut akan menyertakan sebilangan misi tambahan malah barangan dan kelengkapan buat pemain. Berikut adalah senarai kandungan yang akan disertakan buat buat mod penceritaan solo:

  • Misi ‘Bank Robbery’ Mission dan Gang Hideout
  • Kuda bersama pelana Dappled Black Thoroughbred
  • Barangan bonus Talisman dan Medallion 
  • Penggalak Permainan, wang bonus dan diskaun barangan 
  • Kostum The Nuevo Paraiso Gunslinger
  • Akses percuma buat Senjata Tambahan (Volcanic Pistol, Pump Action Shotgun dan Lancaster Varmint Rifle)

Menariknya, seperti kebanyakkan permainan dunia terbuka fizikal lain yang dilancarkan oleh Rockstar Games sebelum ini, permainan ini juga akan menyertakan peta kawasan permainan secara bersama.

Edisi kedua pula yang diumumkan adalah Red Dead Redemption 2 Ultimate Edition. Edisi ini akan menyertakan kesemua kandungan Special Edition bersama 4 lagi kandungan tambahan bagi mod atas-talian dan versi fizikalnya juga akan menyertakan peta kawasan permainan. Tambahan juga Rockstar Games juga akan menyertakan kotak besi permainan Steelbook secara bersama. Berikut merupakan senarai 4 kandungan tambahan bagi mod permainan secara atas-talian:

  • Dua kostum bonus (Blackrose Bounty Hunter dan Copperhead Enforcer)
  • Kuda bersama pelana Black Chestnut Thoroughbred
  • Akses percuma untuk pengubah-suaian tema Survivor Camp
  • Akses percuma buat Senjata Tambahan (Volcanic Pistol, Pump Action Shotgun dan Lancaster Varmint Rifle)
  • Pangkat bonus untuk tingkatkan peringkat pemain dengan lebih pantas

Edisi terakhir yang diumumkan adalah edisi Red Dead Redemption 2: Collector’s Box yang hanya tiba akan tiba secara fizikal dengan penyertaan pelbagai barangan tambahan. Namun, bagi edisi ini, permainan Red Dead Redemption 2 itu sendiri tidak akan disertakan.

Edisi Collectors ini akan menyertakan satu kotak khas yang mengandungi pelbagai barangan esklusif. Antaranya adalah:

  • Kotak Besi bersama kunci
  • Syiling Collectable Challenge
  • Tekaria Jigsaw dua belah
  • Kain Bandana Six Shooter
  • Peta Harta Karun
  • Set Pin
  • Kad permainan rekaan khas RDR2
  • Katalog Wheeler, Rawson and Co.
  • 12 Kad Rokok

Berikut merupakan senarai barangan dan edisi-edisi permainan yang diumumkan oleh Rockstar Games. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi tambahan, anda boleh ke pautan rasmi Rockstar Games disini.

Menariknya, senarai edisi yang diumumkan menunjukkan bahawa permainan Red Dead Redemption 2 sememangnya akan menyertakan kandungan mod permainan secara atas-talian.

Buat masa ini sebarang informasi tambahan masih belum diumumkan oleh Rockstar Games, namun bagi anda yang ingin mengetahui berkenaan informasi lanjut berkenaan permainan Red Dead Redemption 2, kami juga menyenarai sebilangan informasi tambahan berkenaannya di pautan ini dengan kerjasama Kakucho Purei.

Red Dead Redemption 2 adalah permainan sekuel kepada Red Dead Redemption yang dilancarkan 2010 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Kini permainan terbaru Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Bagi anda yang ingin membuat pra-tempahan untuk sebarang edisi diumumkan dan melihat senarai harga, anda boleh membuatnya dimana-mana pengedar rasmi permainan tersebut.


TIPS & ULASAN