Skip to main content

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain Red Dead Redemption 2 pada 26 Oktober ini dan ingin mengetahui segala informasi permainan tersebut, rakan kami di Kakucho Purei berkongsi sebilangan informasi lengkap setakat ini berkenaan bentuk permainan sehinggalah penceritaan.

Minggu lepas, Rockstar Games berkongsi trailer ketiga permainan tersebut yang mana ia menyertakan sedikit sebanyak adegan baru bersama watak-watak permainan termasuklah watak John Marston, iaitu watak utama dari permainan Red Dead Redemption yang pertama.

Bagi anda yang baru buat siri permainan tersebut, Red Dead Redemption 2 adalah permainan sekuel kepada Red Dead Redemption yang dilancarkan 2010 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Ia merupakan permainan yang memfokuskan bentuk permainan secara dunia terbuka di persekitaran koboi dimana pemain berupaya untuk mencuri, menunggang kuda dan sebagai. Berikut adalah informasi lengkap buat permainan tersebut setakat ini.

Informasi Umum

  • Permainan ini akan bertempatkan pada tahun 1899, iaitu 12 tahun sebelum permainan pertama.
  • Fungsi Deadeye juga kembali dimana anda berupaya untuk menembak secara slow-mo. Selain itu, anda juga berupaya untuk menyah-kunci pembunuhan sinematik jika anda melakukan Deadeye untuk sesetengah keadaan musuh ( Seperti musuh yang mempunyai kurang dari 5% nilai nyawa)
  • Non-Playable Character (NPC) ataupun watak yang tidak boleh dimainkan akan berinteraksi dengan anda mengikut keadaan secara berlainan. Contohnya apabila anda pegang pistol anda, mereka akan menjadi lebih gementar. Mereka juga akan bereaksi terhadap anda mengikut reputasi Wild West anda.
  • Anda juga berupaya untuk berinteraksi dengan watak secara positif ataupun negatif dengan penggunaan butang kawalan Petak atau Bulat. Anda juga berupaya untuk merompak mereka tanpa mengeluarkan senjata mengikut jenis interaksi yang anda lakukan.

Informasi Geng Dan Kem

  • Anda juga boleh mengurus kem geng anda, perompak dan juga keadaan kuda. Ini merupakan salah satu interaksi yang anda boleh lakukan ketika berada di kem.
  • Memandangkan permainan ini memfokuskan Van Der Lind geng, anda juga akan diberi sebilangan misi dan cabaran yang berbeza dari semasa ke semasa. Contohnya, apabila anda berjalan di kem ini, salah seorang ahli geng tersebut akan memberitahu anda bahawa mereka memerlukan barangan seperti daging, kulit dan sebagainya dan anda diberi pilihan untuk pergi memburu ataupun tidak.
  • Walaupun begitu, sistem pengurusan tersebut tidak begitu kompleks dan ia akan menyediakan pelbagai ganjaran bagi mereka yang mengurusnya dengan baik.

Informasi Dunia Terbuka

  • Buat masa sekarang, masih tidak banyak kawasan Wild West yang dikongsikan oleh Rockstar Games, namun anda masih lagi berupaya untuk mengembara di dalam dunia permainan tersebut dan terdapat satu kawasan yang dipanggil New Hanover dimana ia mempunyai kawasan paya, salji bersama kawasan pergunungan. Selain itu, satu perkampungan bernama Valentine juga diperkenalkan.
  • Permainan ini juga menjanjikan visual grafik yang sangat luas dan cantik lebih lagi dari Grand Theft Auto V.

Informasi Pemburuan

  • Sistem pemburuan juga kembali kali ini dengan perkembangan yang lebih menarik dimana anda mempunyai sebilangan cara untuk mengumpul buruan anda yang mana setiap cara memberi kesan yang berbeza.
  • Keadaan hasil buruan juga akan memberi nilai jualan yang berbeza, contohnya apabila anda membunuh haiwan dengan panah, nilai hasil buruan tersebut akan lebih tinggi berbanding haiwan yang ditembak dengan Shotgun.
  • Hasil buruan anda juga akan reput dan busuk mengikut masa dimana nilainya akan berkurangan selagi ia dibiarkan.

Informasi Kuda

  • Hubungan anda dengan kuda anda juga memberi kesan terhadap permainan ini dimana semakin rapat anda dengan kuda anda, kuda anda akan mempunyai kesan animasi dan interaksi yang berbeza.
  • Kuda anda juga berupaya untuk membawa sebilangan kelengkapan anda yang mana anda berupaya untuk mengakses barangan dengan cepat.
  • Jika kuda anda mati, anda perlu mehubung kembali hubungan dengan kuda anda dari awal. Namun, anda boleh menyembuh kuda anda jika ia tercedera.

Informasi Rompakkan

  • Anda juga berupaya untuk merompak bank ataupun sebilangan pernubuhan bersama geng anda
  • Apabila anda bermula misi rompakkan, anda juga berupaya untuk menghasilkan sebilangan cara-car ayang berbeza dan menetapkan geng-geng anda untuk melakukan pelbagai gangguan dan sebagainya.
  • Ganjaran rompakkan juga akan berbeza mengikut pendekatan yang anda lakukan. Contohnya jika anda membuat serangan secara melulu, anda akan mendapat ganjaran yang berkurangan.
  • Namun, setelah anda keluar dari bangunan tersebut, permainan tersebut akan meletakkan anda di dalam keadaan diburu dan ditembak oleh pihak berkuasa dan anda masih lagi perlu lari dari kawasan tersebut untuk melengkapkan rompakkan tersebut.

Di atas merupakan informasi berkenaan permainan Red Dead Redemption 2 yang dapat kami kongsikan setakat ini. Dengan acara E3 yang semakin hampir, Rockstar Games mungkin akan berkongsi lagi banyak informasi tambahan berkenaan permainan tersebut termasuklah video bentuk permainan.

Anda juga boleh melayari laman Kakucho Purei untuk segala informasi berkenaan permainan Red Dead Redemption dan berita-berita permainan video di dalam bahasa Inggeris.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober ini khas di konsol Playstation 4 dan Xbox One.

Leave a Reply