Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan Pra-Tempahan Red Dead Redemption 2 Tertiris – Akan Menyertakan Wang GTA Online

Kandungan Pra-Tempahan Red Dead Redemption 2 Tertiris – Akan Menyertakan Wang GTA Online

Diterbitkan pada June 4, 2018 oleh .

Hari ini melalui laman Reddit, pengguna alexeymakarov berkongsi bahawa kedai atas-talian Microsoft secara tidak sengajanya menyenarai kandungan-kandungan pra-tempahan buat permainan Red Dead Redemption 2 yang bakal tiba pada 26 Oktober ini.

Menurut senarai tersebut, bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan permainan tersebut akan memperoleh kandungan tambahan, antaranya adalah:

  • Kuda ‘War Horse’
  • Kit pertahanan hidup ‘Outlaw’
  • Wang bonus untuk penceritaan solo Red Dead Redemption 2
  • Wang bonus GTA$500,000 untuk permainan GTA Online

Selain itu, bagi mereka yang membuat pra-tempahan sebelum 31 Julai 2018, Rockstar juga akan menyertakan peta harta karun bagi penceritaan solo Red Dead Redemption 2.

Ini sememangnya satu perkara yang menarik memandangkan Rockstar tampaknya akan masih lagi menyertakan kandungan buat GTA Online bersama dengan pelancaran Red Dead Redemption 2. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan permainan tersebut telah pun memberi keuntungan yang besar buat Take-Two sehingga hasil jualan telahpun mencapai 95 juta unit salinan seluruh dunia.

Buat masa sekarang, kandungan ini juga belum dikenal pasti bahawa ianya akan tiba secara bersama di kedai atas-talian platform lain ataupun tidak dan mungkin juga ianya khas buat permainan secara digital sahaja. Seperti biasa kami akan berkongsinya sekiranya terdapat sebarang informasi tambahan.

Bagi anda yang ingin mengetahui berkenaan informasi lanjut berkenaan permainan Red Dead Redemption 2, kami juga menyenarai sebilangan informasi tambahan berkenaannya di pautan ini dengan kerjasama Kakucho Purei.


TIPS & ULASAN