Skip to main content

Ura-ura mengenai Devil May Cry 5 makin kuat apabila pada minggu lepas pelakon suara Vergil memperacahkan bahawa Devil May Cry seterusnya mungkin akan berada di E3.

Berdasarkan perkongsian di Resetera, domain devilmaycry5.com baru sahaja didaftarkan, walaupun domain adalah sesuatu yang boleh didaftar oleh sesiapa sahaja akan tetapi berdasarkan informasi WHOIS, ia memperlihatkan syarikat yang mengendali domain tersebut turut mengendali domain-domain lain oleh Capcom.

Ini bukanlah satu pengesahan yang kukuh akan tetapi harapan kami makin meningkat yang Devil May Cry 5 akan diumumkan di E3 kelak dan sudah semestinya kami tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Leave a Reply