Informasi Permainan Video Terkini
Perjanjian Antara Konami Dan Borussia Dortmund Untuk PES Dibatalkan
PC

Perjanjian Antara Konami Dan Borussia Dortmund Untuk PES Dibatalkan

Diterbitkan pada June 2, 2018 oleh .

Pro Evolution Soccer 2019 (PES) bakal dikeluarkan pada 30 Ogos 2018 ini dan tampaknya menerima pelbagai cabaran. Selepas menamatkan kerjasama 10-tahun dengan UEFA kini Konami membatalkan penjanjian dengan Borussia Dortmund iaitu sebuah kelab besar di liga Jerman.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Konami di laman mereka,mereka sepatutnya mempunyai perjanjian bersama Borussia Dortmund sehingga Jun 2020 akan tetapi perjanjian itu dibatalkan dengan lebih cepat oleh Borussia Dortmund. Oleh kerana itu PES 2019 tidak akan mempunyai logo, pemain dan stadium dari kelab tersebut.

Dengan kenyataan yang lebih positif Konami mengatakan mereka akan terus memberikan cara yang baru untuk pemain bermain dengan kerjasama dengan pelbagai kelab dan liga lain.

Jika mengikut kebiasaan kontrak, Borussia Dortmund kemungkinan akan dikenakan denda kerana membatalkan perjanjian dengan lebih awal yang mencetus tanda tanya mengapa mereka melakukannya. Apa pendapat anda? Adakah ini lebih membuatkan anda untuk tidak membeli PES 2019 ataupun anda tetap akan membelinya?


TIPS & ULASAN