Sebelum ini, Atari mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan konsol Atari VCS dan kini, konsol tersebut akhirnya boleh di pra-tempah melalui laman Indiegogo.

Melalui laman tersebut, Atari VCS versi Collector akan dijual dengan harga $299(~RM1190) untuk rekaan seakan kayu diinspirasikan dari konsol Atari 2600 dan ia akan dijual ekslusif di Indiegogo dengan harga tersebut.

Namun, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan konsol tersebut dengan rekaan Onyx, anda boleh dapatkannya secara harga promosi melalui pra-tempahan tersebut dengan harga $199(~RM792).

Bagi alat kawalan pula, anda boleh dapatkannya secara bersama dengan konsol tersebut ataupun secara berasingan bermula dengan $29(~RM116) untuk alat kawalan klasik dan $49(~RM195) untuk alat kawalan moden.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, Atari VCS akan menyertakan sebilangan permainan-permainan klasik Atari dan menurut mereka, terdapat 14 pembangun permainan lain yang sedang membangunkan permainan baru buat konsol tersebut.

Selain itu, konsol tersebut juga akan menyokong penggunaan media lain seperti menonton Twitch, mendengar muzik dan sebagainya. Ia akan menyokong resolusi 4k, HDR dan 60FPS bagi kandungan video. Selain itu, ia juga mempunyai sebilangan fungsi lain seperti Wi-Fi, Bluetooth 5, USB 3 untuk penggunaan papan kekunci atau tetikus dan storan simpanan yang boleh diperkembangkan.

Atari menyatakan konsol tersebut akan dilancarkan pada Julai 2019 ini dan bagi anda yang berminat untuk mendapatkan konsol tersebut, anda boleh ke laman rasmi Indiegogo konsol tersebut dibawah untuk membuat pra-tempahan.

Indiegogo : Atari VCS

Sohor Kini