Informasi Permainan Video Terkini
Pokémon: Let’s Go Akan Mempunyai Resolusi 1080p Untuk Mod TV

Pokémon: Let’s Go Akan Mempunyai Resolusi 1080p Untuk Mod TV

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Konsol Switch hanya disertakan dengan skrin resolusi 720p dan kebanyakan permainan di Switch hanya boleh dimainkan dengan resolusi berikut untuk mod mudah alih dan bertambah sedikit untuk mod TV.

Akan tetapi berdasarkan gambar screenshot Pokémon: Let’s Go yang disediakan oleh Nintendo menunjukkan resolusi 1080p. Oleh kerana itu boleh dikatakan permainan ini akan menggunakan resolusi 720p untuk mod mudah alih, 1080p untuk mod TV.

Walaupun 1080p merupakan satu resolusi yang biasa akan tetapi untuk permainan Pokémon adalah antara yang tertinggi kerana sebelum ini hanya dikeluarkan untuk 3DS yang mempunyai resolusi 240p.

Pokémon: Let’s Go, Pikachu! dan Pokémon: Let’s Go, Eevee! untuk Switch bakal tiba pada 16 November 2018.


TIPS & ULASAN