Bethesda Softworks semalam memuat-naik satu imej yang mempamerkan ayat “Please Stand By” iaitu salah satu imej dan kenyataan ikonik buat siri Fallout.

Melalui kenyataan di Twitter akaun rasmi Bethesda tersebut, mereka juga menyertakan tagar khas #PleaseStandBy seolah memperacahkan sesuatu yang baru bakal tiba buat siri Fallout.

Menariknya juga, melalui laman rasmi Twitch Bethesda, mereka juga mengadakan satu siaran langsung khas yang menyaksikan imej yang sama dan figura Vault Boy. Ketika kami menontonnya semalam, figura tersebut berdiri disebelah skrin tersebut, namun kini tampaknya figura tersebut telahpun terjatuh dan ia seolah berada di hadapan skrin tersebut.

Namun pada pendapat kami, skrin yang dipamerkan di atas kelihatan seakan konsol Switch dan mungkin juga Bethesda akan melancarkan permainan Fallout di konsol tersebut?

Namun buat masa ini Bethesda masih lagi belum mengumumkan sebarang informasi tambahan dan mungkin juga mereka akan mengumumkannya secara rasmi pada E3 kelak memandangkan mereka akan adakan acara sidang media khas pada 11 Jun kelak.

Sohor Kini