Informasi Permainan Video Terkini
The Surge 2 Diumumkan Oleh Focus Home Interactive – Bakal Tiba 2019
PC

The Surge 2 Diumumkan Oleh Focus Home Interactive – Bakal Tiba 2019

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Focus Home Interactive dan Deck 13 hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan The Surge 2 pada 2019 di konsol dan PC.

Menurut Focus Home Interactive, mereka akan mengekal bentuk permainan yang mana diminati oleh peminat iaitu bentuk pertempuran dinamik sasaran sendi dan juga kemajuan watak yang meluas. Tambahan juga, mereka akan mengembangkan lagi bentuk permainan tersebut dengan kawasan yang baru dan lebih luas.

Dengan peningkatan enjin permainan oleh Deck 13, permainan tersebut juga akan mempunyai bentuk pertempuran yang lebih mendalam dan akan disertakan dengan pelbagai lagi kemahiran, senjata dan sebagainya buat pemain.

Informasi tambahan bagi permainan tersebut akan diumumkan kelak pada 7 dan 8 Februari dimana mereka akan mengadakan sidang media khas di Paris.