Skip to main content

Kami baru sahaja melaporkan yang tarikh rasmi pelancaran Mega Man 11 diumumkan iaitu pada 3 Oktober 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai Mega Man 11 anda boleh melayari penulisan tersebut di pautan ini.

Mega Man 11 akan dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC akan tetapi bagi pemilik Switch anda akan mempunyai edisi khas iaitu Mega Man 11 Edisi Amiibo yang eksklusif untuk GameStop.

Edisi ini selain mempunyai permainan itu sendiri akan turut mengandungi amiibo berdasarkan rekaan Mega Man 11, lencana Dr. Willy, kain pengelap dan juga pelekat Mega Man.

Walaupun edisi ini adalah eksklusif untuk GameStop di Amerika Syarikat dan Kanada akan tetapi kami menjangkakan pengedar di Malaysia akan membawanya ke sini secara tidak rasmi.

Mega Man 11 juga kini boleh mula di pra-tempah dengan harga berikut Steam (RM69), Playstation Store (RM114), Xbox One ($29.99/RM 120) dan Switch ($29.99/RM 120)

Leave a Reply