[Kemaskini]
Melalui kuciran di akaun Twitter Van Vitre iaitu pengurus perhubungan global EA mengatakan spesifikasi yang dikeluarkan di Origin adalah salah dan telah dipadamkan. Spesifikasi sebenar akan diumumkan kemudian. (Terima kasih JomGaming)
Recently, incorrect minimum PC specs for #Battlefield V were published as placeholders. We haven’t announced our minimum or recommended specs for Battlefield V yet. Stay tuned!
— Dan (@dan_mitre) June 5, 2018
[Berita Asal]
Battlefield V akan dikeluarkan pada 19 Oktober 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC dan sebelum ini mereka berkongsi lebih lanjut mengenai permainan ini seperti akan berlaku semasa Perang Dunia Kedua, tidak akan mempunyai pas premium ataupun kotak tikam.
Melalui penyenaraian di Origin iaitu kedai di atas talian untuk permainan EA di PC, spesifikasi PC untuk permainan ini dikongsikan. Walaupun tidak dinyatakan tetapi kami menganggap spesifikasi di bawah adalah untuk konfigurasi minimal.
OS: 64-bit Windows 7, Windows 8.1 and Windows 10
CPU (AMD): AMD FX-6350
CPU (Intel): Core i5 6600K
RAM: 8GB RAM
GPU (AMD): AMD Radeon™ HD 7850 2GB
GPU (NVIDIA): nVidia GeForce® GTX 660 2GB
Mengikut spesifikasi ini boleh dikatakan kebanyakan PC ataupun Laptop terbaru tidak kira dikhaskan untuk bermain atau tidak dapat bermain permainan ini dengan baik.