Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Membuka Pendaftaran Minat Untuk Permainan Pokemon Di Switch

Nintendo Membuka Pendaftaran Minat Untuk Permainan Pokemon Di Switch

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan ura-ura Pokemon untuk Swith akan dikeluarkan tahun ini berdasarkan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Nintendo mereka menyenaraikan Pokemon sebagai salah satu jawapan untuk soalan permainan mana yang akan dibeli dalam masa 12 bulan.

Ura-ura tersebut kini nampaknya makin kuat apabila Nintendo UK membuka pendaftaran minat bagi pemain yang ingin menerima berita terbaru mengenai permainan ini. E3 akan berlangsung dari 12 hingga 14 Jun nanti dan kami menjangkakan berita terbaru akan dikeluarkan apabila semakin menghampiri E3.

Selain Nintendo Labo yang merupakan sesuatu yang sangat memfokuskan pemain tertentu iaitu kanak-kanak, Nintendo tidak mengeluarkan sebarang permainan utama berbeza dengan tahun lepas di mana pemain mendapat The Legend of Zelda, Super Mario Odyssey, Splatoon 2 dan pelbagai lagi.

Walaupun penjualan Switch terus meningkat tetapi mereka memerlukan permainan yang kuat untuk terus memberi galakkan untuk pemain membeli konsol mereka, dan permainan Pokemon adalah satu pilihan yang baik.


TIPS & ULASAN