Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Permainan Pokemon Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini?

(Ura-Ura) Permainan Pokemon Untuk Switch Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini?

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

Minggu ini, Nintendo mengadakan kaji selidik terhadap pengguna Switch di Eropah mengenai kegembiraan mereka terhadap konsol Switch.  Antara soalan yang ditanya adalah permainan mana yang akan dibeli dalam masa 12 bulan, apa yang menarik adalah Pokemon untuk Switch juga tersenarai.

Jika mengikut soalan boleh dikatakan yang Pokemon ini akan tiba dalam masa 12 bulan iaitu tahun ini tetapi ini mungkin hanya kesilapan semasa membuat soalan ini.

Berbanding tahun lepas, dimana Nintendo mengeluarkan permainan seperti The Legend of Zelda: Breath of The Wild, ARMS, Splatoon 2 dan Super Mario Odyseey, untuk tahun ini mereka masih tidak mempunyai senarai permainan akan dilancarkan yang boleh menandingi keluaran tahun lepas.

Jika permainan Pokemon untuk Switch akan dikeluarkan tahun ini, sekaligus ia akan mengukuhkan lagi tahun kedua untuk konsol Switch dimana ramai yang menanti-nanti permainan Pokemon terbaru buat konsol tersebut.

Pemainan Pokemon ini pertama kali diumumkan di Nintendo Direct semasa E3 pada tahun 2017 lepas. Namun, selepas pengumuman tersebut, Nintendo masih tidak berkongsi perkembangan terbaru buat permainan tersebut.