Informasi Permainan Video Terkini
Apple Menghalang Pengeluaran Aplikasi Steam Link Untuk iOS
PC

Apple Menghalang Pengeluaran Aplikasi Steam Link Untuk iOS

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang Valve akan mengeluarkan aplikasi Steam Link yang akan membolehkan anda bermain permainan di peranti iOS dan android.

Bagi pemilik android, aplikasi kini boleh di muat turun. Berlainan pula untuk iOS, menurut Valve aplikasi ini telah dibenarkan pengeluarannya pada 7 Mei. Menurut mereka lagi, Apple kemudianya menghalang aplikasi tersebut pada 9 Mei dan memberikan sebab konflik dengan garis panduan App Store yang sebelum ini terlepas pandang.

Valve mengatakan mereka sudah membuat rayuan atas sebab aplikasi seumpama Steam Link sudah terdapat di App Store iaitu aplikasi rasmi dari Microsoft Windows Remote Desktop dan aplikasi seperti LogMeIn dan GoToMyPC.

Akan tetapi rayuan tersebut ditolak dan terhalang untuk dikeluarkan. Valve menambah yang pasukan mereka sudah bekerja keras untuk mengeluarkan aplikasi ini dan berharap Apple mengubah fikiran mereka.

Kami sangat kecewa dengan berita ini dan berharap Apple dapat menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai sebab aplikasi ini dihalang.


TIPS & ULASAN