Informasi Permainan Video Terkini
Pendapatan THQ Nordic Untuk Suku Pertama 2018 Melebihi Pendapatan Sepanjang Tahun 2017

Pendapatan THQ Nordic Untuk Suku Pertama 2018 Melebihi Pendapatan Sepanjang Tahun 2017

Diterbitkan pada Mei 17, 2018 oleh .

Pada Februari lepas kami melaporkan yang THQ Nordic memperoleh Koch Media GmBH melalui pengambil alihan yang bernilai €121 juta(~RM588 juta). Nampaknya perolehan ini terus memberi kesan positif untuk THQ Nordic.

Berdasarkan laporan kewangan mereka, untuk suku pertama tahun 2018 mereka mendapat $78 juta dengan keuntungan $25 juta. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 439% untuk keuntungan dan 673% untuk pendapatan berbanding suku sama tahun lepas.

Lebih menarik pendapatan THQ Nordic sepanjang tahun 2017 adalah $58 juta iaitu $20 juta lebih rendah berbanding pendapat mereka untuk 3 bulan pertama tahun ini. Ini semestinya menunjukkan peningkatan yang sangat tinggi yang semestinya disumbangkan oleh Koch Media.

Menurut THQ Nordic, jika mereka mengasingkan pendapatan dari Koch Media, mereka masih lagi memperlihatkan peningkatan sebanyak 64% untuk pendapatan dan 54% untuk keuntungan. Permulaan yang baik untuk THQ Nordic yang kembali menjadi pengeluar permainan yang berjaya.