Skip to main content

Pada hujung minggu lepas, acara kejohanan Playstation League Asia 2018 FIFA18 berlangsung dengan jayanya di Battle Arena, Jaya Shopping Centre di Petaling Jaya yang mana lapan pemain bertempur dari seluruh asia tenggara untuk berebut juara kejohanan tersebut.

Acara tersebut dimenangi oleh Ega ‘Eggsy_UG‘ Rahmaditya dari Indonesia yang mana beliau membawa pulang wang hadiah sebanyak RM11,600 dan berpeluang untuk menyertai kejohanan EA SPORTS FIFA 18 Global Series Playoff di Amsterdam.

Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Marspy dari China dan beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM9,500. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Shabs dari Singapura dengan wang hadiah bernilai RM5,700.

Dukacitanya, pemain dari Malaysia, Luqman GB Fenrir yang kami menemu bual baru-baru ini tidak berjaya ke pusingan akhir dimana beliau ditewaskan oleh Shing dari China ketika pusingan pertama kejohanan tersebut.

Walaupun begitu, hasil persembahan Eggsy dari Indonesia ketika sesi kejohanan tersebut sangatlah memberansangkan dimana beliau bukan sahaja mengawal pemain bolasepak dengan baik, malah menjaringkan gol secara bertubi-tubi dengan skor akhir 5-2.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah buat Eggsy dan selamat maju jaya buat kejohanan seterusnya yang bakal berlangsung di Amsterdam kelak.

Leave a Reply