Informasi Permainan Video Terkini
Liga Kejohanan FIFA 18 Playstation League Asia 2018 Diumumkan – Pusingan Kelayakkan Secara Atas-Talian Bermula 12 April

Liga Kejohanan FIFA 18 Playstation League Asia 2018 Diumumkan – Pusingan Kelayakkan Secara Atas-Talian Bermula 12 April

Diterbitkan pada Apr 2, 2018 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan liga kejohanan buat permainan FIFA 18, Playstation League Asia 2018 bakal berlangsung minggu hadapan yang melibatkan sebilangan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Korea, Taiwan dan Hong Kong. Sony juga menyatakan bahawa sebanyak $10,000(~RM39,000) jumlah hadiah yang akan dipertandingkan buat kejohanan tersebut.

Dengan kerjasama antara ESL Asia, kejohanan tersebut akan berlangsung bermula 12 sehingga 15 April ini bagi pusingan kelayakan. Manakala acara akhir pula akan berlangsung di Battle Arena di Kuala Lumpur Malaysia pada 13 Mei kelak dan 8 pemain terbaik akan bertempur untuk bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $3,000(~RM11,600) dan tiket untuk acara EA SPORTS FIFA 18 Global Series Playoff.  Manakala tempat kedua pula akan membawa pulang $2,500(~RM9,500) dan tempat ketiga $1,500(~RM5,700)

Bagi anda yang berminat untuk menyertai kejohanan ini, anda boleh melayari laman rasmi ESL dibawah untuk memilih tarikh pusingan kelayakkan yang anda berminat dimana anda akan bermain secara atas-talian. Untuk informasi tambahan, anda juga boleh melayari laman rasmi ESL di bawah.

Daftar Playstation League Asia : 12 April, 13 April14 April, 15 April 


TIPS & ULASAN