Informasi Permainan Video Terkini
Beberapa Paparan Skrin Red Dead Redemption 2 Dikongsi Oleh Rockstar

Beberapa Paparan Skrin Red Dead Redemption 2 Dikongsi Oleh Rockstar

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Trailer terkini Red Dead Redemption 2 memperlihatkan kemampuan grafik permainan yang cukup dinantikan kemunculannya. Menarik sekali watak klasik John Marston muncul di dalam trailer terkini ini. Bagi mereka yang masih belum puas, Rockstar berkongsi beberapa paparan skrin terkini.

Kesemua imej yang dikongsi adalah beresolusi tinggi dan menunjukkan peningkatan grafik yang sangat ketara berbanding Red Dead Redemption yang dilancarkan pada tahun 2010 untuk konsol generasi terdahulu. Perbezaan grafik yang ketara juga dapat dilihat jika dibandingkan dengan grafik GTA V. Red Dead Redemption 2 akan dijual pada 26 Oktober ini di PlayStation 4 dan Xbox One.