Lanjutan daripada pengumuman trailer terbaru oleh Rockstar baru-baru ini, kini akhirnya Rockstar berkongsi trailer terbaru tersebut yang mana ia mempertontonkan sebilangan adegan baru bersama watak-watak baru.

Melalui trailer tersebut, ia memaparkan tempoh masa permainan tersebut yang mana ia terletak pada tahun 1899, iaitu 12 tahun sebelum permainan Red Dead Redemption yang pertama. Pada ketika itu, polis ataupun ahli undang-undang memburu mereka yang tidak mengikut undang-undang dimana bagi mereka yang tidak menyerah diri, mereka akan dibunuh.

Penceritaan permainan ini akan meletakkan pemain sebagai Arthur Morgan dan geng Van Der Linde dimana mereka perlu melarikan diri selepas rompakan gagal di bandar Blackwater. Dengan diburu oleh pemburu, pemain perlu merompak, mencuri dan bertempur sepanjang pengembaraan untuk meneruskan hidup.

Permainan ini juga akan meletakkan Arthur Morgan untuk menyelesaikan konflik antara beliau dan geng beliau untuk menerus idealnya ataupun taat terhadap geng yang membesarnya.

Red Dead Redemption 2 adalah permainan sekuel kepada Red Dead Redemption yang dilancarkan 2010 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360. Kini permainan terbaru Red Dead Redemption 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 26 Oktober 2018 ini dan ia ditawarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini