Bersempena dengan ulang tahun SNK yang ke-40, hari ini syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka akan mengembalikan konsol NeoGeo di pasaran.

Di dalam Tweet daripada akaun rasmi Twitter SNK, mereka menyatakan sempena ulang tahun tersebut, mereka ingin menyambut dan memberi penghargaan kepada peminat dengan membawa kembali permainan King of Fighter, Samurai Shodown, Fatal Fury dan Metal Slug di mesin permainan yang baru.

Namun buat masa ini, SNK tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan perkakasan tersebut mahupun adakah ianya sebuah mesin arked ataupun sebuah konsol mini seperti yang dilakukan oleh SEGA dan Nintendo sebelum ini. Seperti biasa, kami akan berkongsinya setelah mereka mengumumkannya secara rasmi kelak.

Sohor Kini