Beberapa bulan lepas, pembangun permainan Stardew Valley, Eric Barone berkongsi paparan skrin berkenaan mod multi-pemain yang bakal tiba buat permainan tersebut. Kini, mod tersebut akhirnya boleh dicuba melalui beta permainan Stardew Valley di PC melalui Steam.

Untuk mencuba mod multi-pemain tersebut, anda hanya perlu membenarkan mod beta permainan melalui Steam melalui tetapan permainan di aplikasi Steam.

Selepas itu, anda perlu membina kabin buat pemain-pemain lain dimana kabin tersebut akan menjadi rumah kepada pemain lain. Kabin tersebut boleh dibina sehingga tiga kabin untuk kebun pemain utama dimana pemain boleh menjemput pemain lain untuk menyertai permainan tersebut.

Untuk informasi lanjut berkenaan mod multi-pemain tersebut bersama kesemua informasi kemaskini terbaru Stardew Valley, anda boleh melayari pautan rasmi permainan Stardew Valley dibawah.

Pautan Rasmi Kemaskini: Stardew Valley

Sohor Kini