Informasi Permainan Video Terkini
Mod Multi-Pemain Untuk Stardew Valley Diperlihatkan Dan Masih Dalam Pembangunan

Mod Multi-Pemain Untuk Stardew Valley Diperlihatkan Dan Masih Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Eric Barone pembangun permainan Stardew Valley melalui akaun Twitternya, @ConcernedApe berkongsi cekupan skrin yang menunjukkan Stardew Valley dimainkan 4 pemain bersama diatas-talian.

Menurutnya lagi sekarang pembangunan sepenuhnya memfokuskan untuk menyiapakan mod multi-pemain ini. Mod multi-pemain merupakan antara mod yang sudah lama diminta oleh pemain-pemain Stardew Valley. Beliau juga mengatakan yang pemain boleh mengahwini pemain lain.

Stardew Valley merupakan pemainan simulasi berkebun yang dikeluarkan untuk semua konsol.  Walaupun tiada tarikh yang tetap tetapi beliau pernah mengatakan yang mod multi-pemain ini akan diterima oleh pemain PC terlebih dahulu sebelum konsol-konsol lain.

Kami sudah menghabiskan banyak masa sebagai seorang pekebun, mod multi-pemain ini sudah semestinya akan menjadikan permainan ini lebih seronok untuk dimainkan.