Melalui temu bual Playstation Access bersama penerbit siri permainan Yakuza, Daisuke Satou menyatakan mereka berminat untuk membawa siri-siri Yakuza 3, 4 dan 5 ke konsol Playstation 4 jika terdapat sebarang permintaan daripada peminat.

Buat masa sekarang, sebahagian siri permainan Yakuza telahpun dilancarkan di konsol Playstation 4 termasuklah permainan pernambah-baikkan Yakuza: Kiwami. Sekaligus buat masa sekarang, terdapat 3 permainan Yakuza yang telahpun dilancarkan di konsol tersebut iaitu Yakuza 0, Yakuza: Kiwami dan Yakuza 6: The Song Of Life. Tambahan juga, SEGA juga mengumumkan Yakuza: Kiwami 2 juga bakal dilancarkan pada Ogos ini.

Namun, Yakuza 3, Yakuza 4 dan Yakuza 5 sememangnya dilancarkan di konsol Playstation 3 sebelum ini dan menurut Daisuke Satou, mereka sememangnya berminat untuk membawa permainan tersebut ke konsol Playstation 4 dan melengkapkan siri Yakuza di konsol tersebut jika mendapat sebarang permintaan daripada peminat.

Menariknya juga, Daisuke Satou juga menyatakan beliau berminat untuk peminat seluruh dunia menikmati Yakuza Ishin, iaitu permainan Yakuza yang diletakkan zaman era lampau Jepun. Yakuza Ishin sememangnya dilancarkan di Playstation 4, namun ia tidak dilancarkan secara global.

Sememangnya ini merupakan satu temu bual yang menarik oleh SEGA. Memandangkan ketiga-tiga permainan Yakuza tersebut hanya dilancarkan di Playstation 3, bagi anda yang berminat untuk bermainnya di konsol Playstation 4, anda mungkin perlu terus memberi sokongan terhadap SEGA untuk membawa permainan tersebut ke konsol generasi kini.

Sohor Kini