Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terkini Shadow Of The Tomb Raider Diperlihatkan

Trailer Terkini Shadow Of The Tomb Raider Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 27, 2018 oleh .

Bulan September ini Lara Croft kembali menjarah makan di dalam Shadow of The Tomb Raider. Beberapa bulan yang lalu trailer acah pendek diperlihatkan dan hari ini trailer penuh akhirnya menemui peminat yang pastinya ingin melihat evolusi siri yang cukup popular ini.

Dari apa yang dapat dilihat Lara kini lebih mahir dalam memburu musuh dalam jumlah yang banyak. Beliau juga nampak lebih yakin dengan kemampuan diri. Perkara paling menarik ialah kaum Maya yang nampaknya masih wujud di dalam permainan ini walaupun di dunia sebenar mereka dihapuskan oleh Sepanyol yang menjajah mereka. Shadow of the Tomb Raider akan menemui peminat 14 September ini di PlayStatin 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN